Thursday, July 22, 2010

Latihan Penggunaan RDRS, VRF & EKMS @ Portal PTAR



KM bersama Jabatan Pengurusan Maklumat PTAR 1 mengadakan sesi latihan pengendalian sistem RDRS yang digunakan di Meja Rujukan :
Tarikh : 22 Julai 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi: Pusat IT 2, PTAR 1



Peserta latihan kali ini adalah terdiri dari Pustakawan S41 dan S44 yang bertugas di Meja Rujukan semasa waktu rehat (12.15pm@1.00pm-2.00pm) dan bertugas malam 5.00pm-10.00@11.00pm).




Tujuan latihan ini adalah untuk memahirkan Pustakawan yang bertugas di Meja Rujukan di dalam mengendalikan sistem RDRS ini serta memberi peluang kepada semua Pustakawan yang terlibat mengemukakan persoalan dan pandangan mengenai sistem ini. Bersama-sama ini disertakan senarai peserta dan tentatif program untuk sesi latihan tersebut




Sesi latihan juga diteruskan dengan taklimat dan latihan penggunaan modul VRF atau Virtual Research Facilitator yang boleh di akses menerusi portal PTAR di www2.ptar.uitm.edu.my/vrf/




Oleh kerana modul ini penting sebagai perkhidmatan rujukan online, peserta berpeluang memberi maklumbalas penggunaan VRF ini demi kepentingan bersama.




Taklimat juga diselitkan dengan penerangan kaitan VRF dan EKMS...





Semoga penerangan yang diberikan dapat menjadi manfaat berguna kepada semua Pustakawan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan PTAR @ PUiTM keseluruhannya






..jumpa lagi ....

No comments:

Post a Comment