Wednesday, July 28, 2010

COP - Community of Practice for the library marketing

Sebelum ni KM menyertai bengkel COP Perpustakaan Akademik di PNM.

Bengkel COP tersebut mefokuskan beberapa topik perbincangan berkaitan Marketing / Pemasaran / Promosi dan Penerbitan perkhidmatan perpustakaan.

Antara topik bengkel :

1. Analyse and identify customer needs
2. Conduct on analysis of library ability/capability to undrtake marketing activities via the use of SWOT analysis.
3. Identify your target market (public, private organiation) -... segment/profile your cusomer
4. DEvelop a brand image (developing a brand essence)
5.Develop promotional activities / tools for the library collection and services
6.Develop a budget for promotional activities
7.Propose and develop a mechanism for monitoring and evaluating strategy for the library's collection and services.

Akhir bengkel, kumpulan membetangan topik masing-masing..disusuli dengan rumusan oleh urusetia program...

COP merupakan avtiviti yang menyokong pelaksanaan Knowledge Management dalam sesebuah organisasi...namun ia perlu selari dengan misi dan visi organisasi tersebut...



ok

Thursday, July 22, 2010

Latihan Penggunaan RDRS, VRF & EKMS @ Portal PTAR



KM bersama Jabatan Pengurusan Maklumat PTAR 1 mengadakan sesi latihan pengendalian sistem RDRS yang digunakan di Meja Rujukan :
Tarikh : 22 Julai 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi: Pusat IT 2, PTAR 1



Peserta latihan kali ini adalah terdiri dari Pustakawan S41 dan S44 yang bertugas di Meja Rujukan semasa waktu rehat (12.15pm@1.00pm-2.00pm) dan bertugas malam 5.00pm-10.00@11.00pm).




Tujuan latihan ini adalah untuk memahirkan Pustakawan yang bertugas di Meja Rujukan di dalam mengendalikan sistem RDRS ini serta memberi peluang kepada semua Pustakawan yang terlibat mengemukakan persoalan dan pandangan mengenai sistem ini. Bersama-sama ini disertakan senarai peserta dan tentatif program untuk sesi latihan tersebut




Sesi latihan juga diteruskan dengan taklimat dan latihan penggunaan modul VRF atau Virtual Research Facilitator yang boleh di akses menerusi portal PTAR di www2.ptar.uitm.edu.my/vrf/




Oleh kerana modul ini penting sebagai perkhidmatan rujukan online, peserta berpeluang memberi maklumbalas penggunaan VRF ini demi kepentingan bersama.




Taklimat juga diselitkan dengan penerangan kaitan VRF dan EKMS...





Semoga penerangan yang diberikan dapat menjadi manfaat berguna kepada semua Pustakawan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan PTAR @ PUiTM keseluruhannya






..jumpa lagi ....

Wednesday, July 14, 2010

Information Commons + Knowledge Commons + Learning Common = Common Society

Pelbagai pandangan diutarakan berkaitan tajuk di atas...namun intipati persoalan adalah :

Adakah pengguna perpustakaan sedar akan pelaksanaan konsep tersebut.

Bagaimana pula peranan pihak Perpustakaan untuk memastikan konsep pelaksanaannya adalah berdasarkan model-model yang telah terbukti berkesan dan mampu memberikan impak yang positif kepada semua pihak.



Peranan ICT di perpustakaan amat penting dalam memastikan persekitaran pembelajaran dan penggunaan sumber maklumat elektronik dapat dicapai dengan sebaik mungkin oleh pengguna.


Konsep ini sejak 1990an telah dicanang dan dipelopori oleh pihak barat..namun yang baik itu kita perlu rebut bagi membentuk proses penambaibaikan yang menjurus kepada kecemerlangan sistem penyampaian perkhidmatan dalam dunia elektronik ini .

Sokongan semua pihak penting bagi menentukan misi dan visi pelaksanaannya tercapai...InsyaALLAH.

Harapan KM,

Information Commons + Knowledge Commons + Learning Common =>> Common Society