Monday, November 30, 2009

Sesi Pembentangan AKNC 2009

Salam

Hari ni..Ketua Pustakawan PTAR mengetuai Sesi Pembentangan AKNC UiTM 2009 di Dewan Sri Bestari INTEKMA...

Pelbagai soalan daripada pihak panel telah diajukan kepada En Haron KP dan beliau telah berjaya menjawab setiap soalan-soalan yang diajukan tersebut dengan penuh keyakinan dan positif.

Syabas KP...syabas semua warga PTAR....

Salam Idul Adha

Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar...Walillahilhamd...

Kepada semua yang beragama Islam, KM mengucapkan Selamat Menyambut Idul Adha...sama-samalah kita menghayati pengertian Ibadah Korban disamping meraikan Idul Adha yang mulia ini

Wednesday, November 25, 2009

Makan-makan di kedai makan Sani Seksyen 7 Shah Alam

Tazkirah 11/2009 - Solat Tiang Agama


Pagi ni, KM menyertai tazkirah bulanan yang disamapaikan oleh Uztaz Januri CITU..kali ni tajuk yang disampaikan berkenaan solat...antara input pengisian tazkirah yang diperolehi :

1. Solat tu sebagai doa....di negara arab seperti Mesir...mereka lepasa solat takde doa...sebabnya solat tu dah merupakan doa...cuma apa yang penting di sini...solat yang dilakukan hendaklah dilakukan dengan penuh khusyuk..macam kita berdoa lepas solat 5 waktu misalnya..hendaklah dilakukan dengan penuh keinsafan dan khusyukan...InsyaAllah setiap yang diminta akan diterima oleh ALLAH s..w.t

2. Kaum Hawa yang uzur dibenarkan untuk bersama-sama mendengar khutbah Hari Raya...cuma jangan masuk dalam masjidla...

3. Org Arab ..masa kecil baby lagi dah dikhatankan...contohnya pada hari ketujuh lepas lahir...sebab tu kalu di sana ...masjid penuh dengan budak2 yang dah berkhatan...

4. Kalu pergi Mekah ...niat hendaklah pergi untuk beribadat kerana ALLAH s.w.t yang utamanya...di sana boleh solat sunat selepas solat subuh...kat sana boleh sebab tanah haram...

5. Solat hendaklah diamalkan oleh setiap umat Islam ....seelokeloknya berjemaah demi mendapat rahmat Ilahi disamping dapat memberi kekuatan kepada Umat Islam samada aspek fizikal atau kerohanian...

Thursday, November 19, 2009

Email berkaitan plagiat oleh pensyarah UPM


Pagi ni dapat email daripada Saudara Ahmad Nazri berkaitan pensyarah UPM yang dikatakan melakukan plagiat...berita dipetik daripada akhbar Utusan...


Berdasarkan maklumat yang diberi seperti nombor ISBN buku yang diberikan menerusi email tersebut...saya telah membuat semakan di sistem ILMU PTAR dan didapati terdapat dua naskah buku tersebut telah berada dalam koleksi PTAR...

Wednesday, November 18, 2009

Pameran Konvensyen Amalan Pengurusan Terbaik UiTM

Pada tahun ini, PTAR telah menghantar tiga projek ke Konvensyen Amalan Pengurusan Terbaik UiTM iaitu :

1. Memori Korporat - Bahagian Pengurusan Pengetahuan
2. Rekrut Staf - Bahagian Pentadbiran
3. Interactive Customer System - ICS - Bahagian Pelanggan

Walaubagaimanapun, penyertaan PTAR kali ini hanya melibatkan kategori pameran...sebanyak 64 projek amalan pengurusan terbaik yang menyertai konvensyen kali ini. Keputusan pengadilan pembentangan dan pameran akan diumumkan pada kemuncak Hari Kualiti UiTM pada bulan Disember 2009 nanti..

Semoga PTAR beroleh kejayaan cemerlang..InsyaALLAH

Majlis Pelancaran Tema Konvensyen Amalan Pengurusan Terbaik UiTM


Satu majlis pelancaran tema Konvensyen Amalan Pengurusan Terbaik UiTM telah diadakan di Dataran Tuanku Fauziah. Pihak PTAR telah menghantar saya sebagai wakil para program tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Datuk Dr. Nasuddin Othman.

Monday, November 9, 2009

Terminologi Online Database bagi maksud penggunaan Jurnal Elektronik, e-Journal, etc


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk dibincangkan bersama...

Adakah perkataan online databases sesuai digunakan bagi merujuk kepada jurnal elektronik yang terdapat di portal lib kita...marilah kita cari titik kesesuaiannya agar para pengguna cepat faham dan jelas tentang perkhidmatan yang kita ada...

Contoh perkataan berkaitan jurnal elektronik :

1. Online Databases (sedang digunakan PTAR/PUiTM)
2. Online Journal Database
3. electronic Journal
4. e-Journals
5. PDDT
6. etc


Kadang-kadang pengguna kurang faham tentang online database yang kita gunakan......adakah kita pentingkan nama jurnal elektronik atau nama brand / produk pangkalan data jurnal elektronik.