Wednesday, February 24, 2010

Jalan-jalan Kursus Seminar Pustakawan PUiTM 2010

Minggu lepas Km join seminar kat UiTM Hotel Dungun. Dah lama tak diadakan seminar seumpama ini...last skali kat Cameron Highland Pahang ..masa tu buat kat Rosa Pasadena..

Byk iput yang baik km dapat sepanjang berada 4 hari di sana...semua dokumen n gamba akan dimasukkan dalam sistem Corporate Memory EKMS...

skit gambar yang km amik guna kamera tepon ...

Wednesday, February 3, 2010

Minggu Pelaburan PNB ASNB Dengan Usahasama Perpustakaan Tun Abdul Razak, PTAR

Pagi ni KM menyertai sesi taklimat berkaitan pelaburan skim amanah dan pengurusan kewangan oleh pihak PNB/ASNB yang disampaikan oleh saudara Andi

Selain itu sesi Pameran Minggu Pelaburan di PTAR 1 turut diadakan. Program ini bermula pada 1 Februari 2010 sehingga 5 Februari 2010

Semua pengguna / pelabur saham dijemput hadir.

Tuesday, January 26, 2010

standby APA UiTM

Hari ni KM kena standby untuk program penilaian APA UiTM ...PTAR dan HEA di bilik warisan...pagi sampai petang kena pastikan EKMS berjalan dengan lancar...

amanat vc uitm 2010

Petang semalam KM join dengar taklimat VC UiTM yang baru...kali ni...DSB penuh ....cadang semalam nak duk kat atas..leh2 diorang kater dah penuh...so cari tpt kat bawah la...byk mesej yang disampaikan oleh VC kali ni yang menyentuh seluruh sistem UiTM...namun fokus utama beliau ialah InfoStruktur dan InfraStruktur UiTM...tema kali ni berkaitan kreativiti dan inovasi...beliau sempat pesan kepada semua...medal kemenangan penyelidik UiTM hendaklah diteruskan / dekomiersilkan dengan pulangan dalam hasil bentuk produk dan wang kepada UiTM...

dan lagi...semua kita adalah satu pasukan....lain-lain info leh check kat webtv uitm...

Wednesday, January 20, 2010

Kerjasama JPM PTAR dan Unit Jaminan Kualiti Akademik HEA UiTM.

Bermula minggu lepas, JPM telah mengadakan diskusi dalaman antara Bahagian Komunikasi Korporat dan Bahagian Pengurusan Pengetahuan untuk membuat gerak kerja inisiatif i-Know 4 . Intipati i-Know 4 akan melibatkan Memori Korporat UiTM khususnya kerjasama dengan Bahagian2 selain PTAR. Fasa pertama kerjsama dengan HEA UiTM menerusi projek MQA APA UiTM.

BPP telah meyediakan platform CM untuk digunakan oleh pihak UJKA HEA khusus bagi penilaian pihak MQA.

InsyaALLAH ..inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan baik...

Demo OCLC dan Taklimat Kesihatan Stress Management @Workplace di UIAM Gombak


Semalam, KM dan staf BPP dijemput menghadiri sesi Demo produk OCLC Asia Pacifik yang diadakan di Auditorium Perpustakaan UIAM.

Banyak maklumat tentang produk2 demo yang disampaikan oleh penceramah OCLC iaitu Mr Andrew H Wang dan Ms Shu-En Tsai..

Harga package produk seperti WorldCat Local lebih kurang USD 37k termasuk yuran masuk lebih kurang USD12,500. Ini harga untuk user yang ramai cam UiTM ni...

Pembekal untuk OCLC ni adalah daripada enche sdn bhd..time kasih datin and tasha sponsor makan minum ...:)


Sebelah petang, join taklimat Dr Sakinah pulak...antara input beliau ;

3 kategori stress...physical, emotional, & behavioural sign

Bukan semua stress tak baik...apa yang penting cara kita handle stress tu kene betul..sabar,usaha bersungguh2 dan baru kita bertawakkal kepada ALLAH...

ok

Tuesday, January 12, 2010

Kemaskini Statistik BPP

Semalam BPP update info untuk statistik BPP yang lebih kemas untuk tahun 2010.

Banyak features ditambah bagi menunjukkan aktiviti2 yang wujud dalam BPP.

Semoga data-data yang dimasukkan nanti dapat membantu meningkatkan imej dan produktiviti JPM PTAR untuk kepentingan semua pihak.

ok