Tuesday, January 26, 2010

standby APA UiTM

Hari ni KM kena standby untuk program penilaian APA UiTM ...PTAR dan HEA di bilik warisan...pagi sampai petang kena pastikan EKMS berjalan dengan lancar...

amanat vc uitm 2010

Petang semalam KM join dengar taklimat VC UiTM yang baru...kali ni...DSB penuh ....cadang semalam nak duk kat atas..leh2 diorang kater dah penuh...so cari tpt kat bawah la...byk mesej yang disampaikan oleh VC kali ni yang menyentuh seluruh sistem UiTM...namun fokus utama beliau ialah InfoStruktur dan InfraStruktur UiTM...tema kali ni berkaitan kreativiti dan inovasi...beliau sempat pesan kepada semua...medal kemenangan penyelidik UiTM hendaklah diteruskan / dekomiersilkan dengan pulangan dalam hasil bentuk produk dan wang kepada UiTM...

dan lagi...semua kita adalah satu pasukan....lain-lain info leh check kat webtv uitm...

Wednesday, January 20, 2010

Kerjasama JPM PTAR dan Unit Jaminan Kualiti Akademik HEA UiTM.

Bermula minggu lepas, JPM telah mengadakan diskusi dalaman antara Bahagian Komunikasi Korporat dan Bahagian Pengurusan Pengetahuan untuk membuat gerak kerja inisiatif i-Know 4 . Intipati i-Know 4 akan melibatkan Memori Korporat UiTM khususnya kerjasama dengan Bahagian2 selain PTAR. Fasa pertama kerjsama dengan HEA UiTM menerusi projek MQA APA UiTM.

BPP telah meyediakan platform CM untuk digunakan oleh pihak UJKA HEA khusus bagi penilaian pihak MQA.

InsyaALLAH ..inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan baik...

Demo OCLC dan Taklimat Kesihatan Stress Management @Workplace di UIAM Gombak


Semalam, KM dan staf BPP dijemput menghadiri sesi Demo produk OCLC Asia Pacifik yang diadakan di Auditorium Perpustakaan UIAM.

Banyak maklumat tentang produk2 demo yang disampaikan oleh penceramah OCLC iaitu Mr Andrew H Wang dan Ms Shu-En Tsai..

Harga package produk seperti WorldCat Local lebih kurang USD 37k termasuk yuran masuk lebih kurang USD12,500. Ini harga untuk user yang ramai cam UiTM ni...

Pembekal untuk OCLC ni adalah daripada enche sdn bhd..time kasih datin and tasha sponsor makan minum ...:)


Sebelah petang, join taklimat Dr Sakinah pulak...antara input beliau ;

3 kategori stress...physical, emotional, & behavioural sign

Bukan semua stress tak baik...apa yang penting cara kita handle stress tu kene betul..sabar,usaha bersungguh2 dan baru kita bertawakkal kepada ALLAH...

ok

Tuesday, January 12, 2010

Kemaskini Statistik BPP

Semalam BPP update info untuk statistik BPP yang lebih kemas untuk tahun 2010.

Banyak features ditambah bagi menunjukkan aktiviti2 yang wujud dalam BPP.

Semoga data-data yang dimasukkan nanti dapat membantu meningkatkan imej dan produktiviti JPM PTAR untuk kepentingan semua pihak.

ok

Thursday, January 7, 2010

WriteUp artikel untuk InfoPinTAR 2009 oleh BPP

Pengurusan Pengetahuan Perpustakaan Tun Abdul Razak Menerusi Memori Korporat


Pengurusan Pengetahuan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mula diperkenalkan sejak tahun 2004 iaitu sempena Bengkel Knowledge Management yang diadakan di COLMAR Tropical, Bukit Tinggi Resort, Pahang yang dihadiri oleh Pustakawan Perpustakaan UiTM. Hasil pendedahan menerusi bengkel tersebut, bermulalah satu lembaran penerokaan ilmu berkaitan proses-proses yang terlibat di dalam pengurusan pengetahuan yang boleh diaplikasikan ke dalam organisasi seperti PTAR untuk menjadi sebuah institusi yang menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UiTM. Pelaksanaan pengurusan pengetahuan di PTAR diperkemaskan lagi dengan penubuhan Unit Pengurusan Ilmu (kini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Pengetahuan) PTAR pada tahun 2005 yang mana salah satu objektif penubuhannya adalah untuk mengurus dan menjalankan aktiviti perolehan bahan atau dokumen rasmi jabatan, untuk dimasukkan di dalam sistem pengurusan dokumen elektronik yang dikenali sebagai Memori Korporat (Corporate Memory)supaya boleh diakses dan dikongsi bersama oleh staf PTAR dan Perpustakaan UiTM Negeri (PUiTM).......

full artikel dalam InfoPinTAR2009...