Tuesday, December 22, 2009

Monday, December 14, 2009

Sejauhmana anda tahu menggunakan sistem EKMS


Sejauhmana anda tahu menggunakan sistem EKMS. Adakah anda mengalami masalah menggunakan EKMS? Tahukah anda sistem EKMS merupakan salahsatu enabler yang digunakan dalam pelaksanaan Knowledge Managament atau Pengurusan Ilmu pengetahuan di PUiTM.

Marilah berkongsi pandangan,pendapat atau komen yang konstruktif anda disini...

URL : http://ekms.ptar.uitm.edu.my

Wednesday, December 9, 2009

Majlis Kemuncak Bulan Kualiti UiTM 2009




Salam Bloggers

Tengahari tadi KM mengambil peluang menghadiri Majlis Kemuncak Bulan Kualiti UiTM 2009 yang diadakan di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam.

KM sebenarnya ingin turut sama memeriahkan suasana disamping ingin melihat anugerah2 yang bakal dimenangi PTAR bagi tahun ini..

Even hari ni :
1.Penyampaian Anugerah Konvensyen Amalan Pengurusan Terbaik
2.Penyampaian Hadiah Kumpulan Inovatif dan Kreatif
3.Penyampaian Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC 2009).


Bagi kategori Pameran AKAPT : PTAR telah memenangi Poster Paling Berstruktur daripada 10 anugerah yang dipertandingkan.

KIK PTAR tahun tidak menjadi Johan..Rezeki KIK tahun ni lebih kepada pihak lain...Redha je lah

AKNC pula, PTAR cemerlang dengan menjadi Johan kategori Bahagian UiTM..Pesaing terdekat adalah dari HEP. Kemenanagan ini membolehkan PTAr membawa pulang RM5000. Syabas PTAR. Selain tu, 4 anugerah AKNC turut dimenangi PTAR antaranya kategori Kepimpinan ..

Majlis kali ni juga diseri lagi dengan persembahan tarian oleh staf FKE dan Artis Nassir Wahab serta team penyokong PTAR !!!!

Tuesday, December 8, 2009

Setup Pusat Sumber Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM

Salam bloggers


Semalam pihak PTAR dijemput untuk memberikan idea dan kerjasama dua hala dengan pihak FBM untuk menyediakan pusat sumber khusus untuk kegunaan para penyelidik student dan pensyarah di sana.

Walaupun ruang yang disediakan terhad, pihak PTAR masih dapat memberikan maklumbalas yang positif untuk menjadikan ruang terhad tersebut masih praktikal dan kondusif untuk digunakan. Kerjasama ini akan diteruskan lagi khususnya daripada aspek penyediaan bahan-bahan maklumat dan promosi PTAR dan FBM..

Terima kasih kepada Dr Faridah dan Dr Zuriah atas kerjasama yang diberikan..


Sekian.

Thursday, December 3, 2009

Temubual Peringkat 1 Pembantu Perpustakaan

Salam bloggers

Alhamdulillah..semalam selesai sudah tugasan mmebuat temubual untuk jawatan Pembantu Perpustakaan...calon2 yang hadir separuh daripada yang dijemput...tapi takpelah...kalu org tak sudi nak kerja kat cni nak wat camner kann..


ok

Tuesday, December 1, 2009

Weblog Ketua Pustakawan UiTM

Salam Ceria

Awal bulan November 2009, KM dan staf BPP, JPM PTAR1 telah merangka gerakkerja pelaksanaan Webblog Ketua Pustakawan UiTM khususnya buat Ketua Pustakawan sekarang iaitu En Haron Wee Ah Boo. Webblog ini dibangunkan menggunakan WordPress. KM telah mohon kerjasama pihak JPSTM PTAR untuk create account khas menerusi server Joomla Portal PTAR. Alhamdulillah account telah diaktifkan.


Info Weblog Development Plan..

**Struktur kandungan dibantu oleh KM
**Pembinaan webblog,coding/plugin/widget telah dibantu oleh En Nasrul Pembantu
Perpustakaan Unit Pengurusan Portal Pengetahuan BPP PTAR...
**Manakala...isikandungan disediakan oleh Pn Norkiah Pustakawan Memori Korporat dan
Immazura Pemb. Perpustakaan BPP.

Sehingga kini, status projek weblog KP ini telah 45% siap...Weblog ini akan menjadi media penyebaran maklumat KetuaPustakawan UiTM disamping dapat menambahbaik pelaksanaan Memori Korporat Perpustakaan UiTM..Segala komentar dan pandangan dapat dikongsi bersama khususnya semua warga Perpustakaan UiTM seluruh negara.


InsyaALLAH BPP akan melancarkan Weblog ini pada tahun hadapan...